Sunday, December 18, 2011

#superbuzy

haa haa Terkejut la tu. terkejut kan kan. ye, baik ngaku semua terkejut kan. heh heh. tiba tiba aku buat post baru.  terkejut la tu. jangan kena sakit jantung sudah. serius ni syaran suri bukan orang laen buka blog ni. aku tau semua ada perasangka bukan aku tulis. wahaha. #bajethabis

entah la, tiba tiba terbuka hati nak buka blog dashboard, then aku sedar yang memang ramai yang sentiasa update blog mereka. kemudian timbul sesuatu dalam hati ni perasaan kesian kat blog ni. ahaha
sebenarnya aku baru baca blog sesorang tu. sakan menulis. macam macam. bagus la dia. siap mention mention aku. hah hah. like sangat.

hah, pergi kepada tajuk entri ni. superbusy. please define, aku sekarang dah macam dato' dato' tansri tansri yang busy menjaga rakyat jelata. aku busy menjaga projek, esement,test jelata. ahaha. serius tak pernah terfikir hidup aku kat uni ni akan jadi sesibuk ini. bayang kan stay up sampai 5 pagi nak siapkan group projek yang tak habis lagi lecture nya. boleh gila tekanan ooo..

mungkin semua rasa aku ni bajet je, semua orang pon busy jugak kot. tapi bagi aku lain. aku tak pernah rasa macam ni. first time. then aku sedar, patut la ada yang menitis air mata masa dapat segulung ijazah tu kan. aku pon rasa nak menangis jugak la nanti. so, aku da cakap awal awal, nanti sape sape nampak aku nangis diam je ok. hah ha

next week gonna be our last week of lecture then will continue with study week. so better prepare awal kan. tapi tapi. next week got 4 test plus 4 assignment need to submit. cool kan. padan muka aku. nak sangat jadi engineer. :)


mcm ni la aku study kat library. cuma kasut je tak kulit. ahaha #lame
bajet kuat study.
anyway,
good luck final semua. aku ada study week dua minggu. jangan jelez :)

Friday, August 5, 2011

gelak teraweh

seabad dah tak buat entri. saja malas, sorry fans :p

ok. straight. nak cerita sikit. hari ke 3 ramadhan yang lepas. boleh nak katakan aku nak buat rekod tahun ni. nak penuh kan teraweh. hee. entah macam mana aku buat rilek je malam tu. dah nak isyak baru la kelang kabut nak siap siap ke masjid. jadi, aku capai je la kaen pelekat laalaalaa dengan baju melayu aku pakai hari sebelum tu.

dah sampai masjid aku tengok pak cik pak cik semua senyum je kat aku. aku pon tanpa sengan silu senyum balik. dalam hati, mesti pakcik ni mesti senyum sebab asek nampak aku pegri teraweh. hee #perasanteruk. aku still lepak lepak kat moto lagi. tak lama lepas tu kawan aku sampai cakap selipar dia hilang semalam. adoi.. bulan bulan baik pon ank curi ke ='=,,

nak pergi ambil wudu' kawan aku saja la tengok tengok kalau selipar dia ada balik. haha. yang tak sangka sangka alih alih selipar dia cantik je ade tersusun atas rak kasut masjid tu. orang yang ambil tu pulang balik kot. tak pon dia pinjam kejap. berkat ramadhan. hee

tapi, yang lagi pelek aku rasa semacam je kat leher baju melayu aku masa tu. gatal gatal. astagfirullah.. aku pakai baju terbalik. selamat tak masuk masjid lagi. kalau tak mampus malu. no wonder la pak cik pak cik asek senyum kat aku.


bukan terbalik macam ni. terkalih pakai. hee :p

"apa apa pon salam ramadhan untuk semua"
semoga mendapat seribu keberkatan.

Friday, July 22, 2011

fipper

cantik kan fipper ni. fipper@selipar kegemaran aku >.<

Thursday, July 7, 2011

suka suka zaman sekolah

assalamualaikum, niat di hati nak menang wang tunai dan menyokong blog rakan rakan yang bermurah hati adakan contest ni. jadi tanpa segan silu pon aku try la. even pict yang letak ni xda la menarik sangat. but bagi aku ni la kenangan masa sekolah yang terindah. ok, kat sini aku sertakan cara cara untuk anda menang jugak.

caara cara dan syarat syarat
contest ini :
1. kene ade blog.
2. follow blog syazoneznat.blogspot dan like page 'Ini Belog Suka Hati' di Facebook bagi memudahkan sebarang maklumat di sampaikan.
3. buat satu enti bertajuk 'Suka Suka Zaman Sekolah'
4. copy and paste cara cara dan syarat syarat contest ini berserta gamba berikut ke dalam entri anda.

 

5.upload at least satu (1) gambar suka suka zaman sekolah anda, dan ceritakan
apa yang best sangat pasal zaman sekolah anda itu.
6. tinggalkan link entri anda itu di ruang komen, atau pun di page Ini Belog Suka Hati di Facebook.

cerita aku yang akan membuatkan aku menang *yakinlebih :

aku seorang pengawas yang bergaul dengan samseng sekolah hak2.  gambar ni rasanya  untuk sambutan hari guru. sambut sangat.

bukti kedua. tapi aku still baik T_T

tapi penah sekali tu, aku dan budak budak kelas aku  datang sekolah 7.30 lepas tu pukul 8.00 dah balik pergi rumah kawan aku yang mak ayah dia xda, layan cerita my heart. haha , tepat jam 12.30 hari jumaat kami pon semua balik rumah, lalu depan sekolah konon konon pegi sekolah. nice.

kenangan ke cherating rombongan sekolah, super duper best la masa ni. me wearing green short.



p/s : gambar gambar semua ambek dari blog bestfriend aku apis@sudin yang pakai baju biru on the last pict. rasa macam nak ulang masa sekolah semula kan. banyak kenangan yang kalau cerita boleh buat korang muntah nak baca. hah ha